Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 18 April 2015

Pengalaman Bercuti di Korea Pada Musim Bunga-Intro




Alhamdulillah, baru-baru ini, saya dan keluarga direzekikan untuk mengembara ke sebuah negara Asia Timur, iaitu Korea Selatan.

Macam tak percaya yang tubuh badan ni dah pun sampai sana. Selama ni duk tengok dalam televisyen je. Saya ni sebenarnya bukanlah peminat drama korea atau peminat K-Pop, tapi hati ni dah sangat-sangat meronta-ronta nak tengok negara orang. Rindu :D

Perjalanan kami sekeluarga bermula pada tarikh 11 April 2015. Flight pada jam 8 pagi, maka hari Jumaat tu saya dah pulang ke laman ayah bonda di Paroi. Tidur situ untuk semalam sebab kami akan bertolak ke KLIA2 pada jam 4 pagi. 


Sampai je di KLIA2, terus check in. Memang tak berlengah lagi sebab waktu sampai KLIA2, jam dah menunjukkan 5.30 pagi. Takut jugak kalau queue panjang,lagipun nak solat subuh, ditambah lagi jarak antara kaunter check in dengan departure hall tu jauh ya amat. 


Terkagum kejap bila tengok KLIA2 for the first time. Saya sebenarnya dah lama tak naik flight. Last masa tahun 2012 masa trip ke Langkawi.

Dah siap check in, kami terus ke departure hall dan tunaikan apa yang wajib, tukar lampin Sumayyah dan beli makanan sikit. Lapar.

Dah siap semua urusan, memang ngam-ngam dah sampai masa untuk masuk ke plane. Alhamdulillah, saya dapat duduk tepi tingkap dan juga dapat satu seat kosong untuk Sumayyah. Banyak seat kosong. Mungkin orang lebih prefer ambik flight malam,tu yang flight kami ni tak penuh.



Tinggi di awan



Dalam flight sempat tidur beberapa kali. Mujur Sumayyah tak banyak meragam. Syukur ahli keluarga saya terutama adik perempuan yang rajin dan pandai ambil hati dia bila dia dah start nak meragam. Trip ni sebenanrnya suami saya tak ikut memandangkan dia ada kelas setiap hari yang tak boleh diganti ke tarikh lain. Sedih jugak, tapi nak buat macamane.


Lebih kurang 6 jam kemudian, kami pun sampai ke Lapangan Terbang Incheon. Syukur selamat sampai. dalam flight tadi macam-macam duk terlintas. 

Ok, entry seterusnya saya cerita tentang perjalanan kami menuju ke tempat penginapan.

======================================================


Cadangan buku panduan ke Korea : I'm a Backpacker Korea

tips melancong ke korea selatan








No comments:

Post a Comment